Monday, March 2, 2009

apa lagi selepas ini??

selepas karpal singh kecoh dgn mulut celupaq dia,kini mai plak cerita hangat len plak dr ADUN Skudai tuh...apa yg depa cuba timbulkan???

DAP samakan 'bumiputeraisme', aparteid
JOHOR BAHRU 26 Feb. - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi aparteid.
Wakil rakyat DAP itu berkata, amalan tersebut dianggap bersifat aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.
Katanya, ideologi itu menjadi lebih dahsyat apabila membabitkan dasar sosioekonomi, budaya dan bahasa berasaskan ketuanan dan kebumiputeraan.
"Untuk makluman, aparteid sebenarnya dimulakan untuk membantu orang putih yang miskin yang berstatus penduduk asal atau help the poor white natives.
"Maka apa yang mengecewakan, sesetengah tokoh politik masih mempercayai 'bumiputeraisme' atau nativism sebagai piawaian diberikan keutamaan mutlak untuk bantuan kerajaan walaupun 'bumiputeraisme' merupakan ideologi aparteid," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai berkata demikian dalam ucapan penangguhan mesyuarat ke-5, penggal persidangan pertama DUN ke-12 di sini hari ini.
Cheng Hau mendakwa berlaku layanan berbentuk diskriminasi oleh Permodalan Johor Bhd. (Permodalan Johor) ke atas pelabur bukan bumiputera melalui pelaburan Amanah Saham Johor (ASJ) dan Dana Johor.
"Apa yang menyakitkan hati para pelabur Dana Johor adalah diskriminasi oleh Permodalan Johor memberi harga belian balik yang ketara amat berbeza daripada harga untuk Amanah Saham Johor.
"Maka harga berbeza dalam belian balik saham ASJ dan Dana Johor boleh dikatakan dasar ekonomi bercorak aparteid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor," katanya.
Disebabkan itu, menurutnya, pelabur dalam Dana Johor tersinggung kerana terpaksa menjual balik saham kepada Permodalan Johor dengan harga 50 sen seunit sedangkan pelabur ASJ pula mendapat RM1 seunit.
"Saya juga dimaklumkan, pelabur bukan bumiputera dalam Dana Johor pula dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi untuk membuat pinjaman berbanding pelabur bumiputera," katanya
Cheng Hau mendakwa, pelabur Dana Johor yang meminjam dari sesetengah bank dikenakan dua jenis kadar bunga iaitu ahli (bumiputera) dan bukan ahli (bukan bumiputera).
Katanya, para peminjam bukan bumiputera pula dikenakan bunga yang lebih tinggi tanpa menentukan status sosioekonomi seseorang peminjam.
"Untuk makluman Dewan yang mulia, dasar ekonomi sedemikian bukannya tindakan berasaskan status sosioekonomi untuk menerima bantuan tetapi ia sebenarnya bersifat aparteid,'' jelasnya.
Cheng Hau turut mencadangkan kontrak kerajaan ditawarkan secara tender terbuka seperti yang diamalkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang.
Menurutnya, ia bertujuan memastikan kontraktor yang benar-benar berkeupayaan dan mempunyai pengalaman dan rekod prestasi yang baik dilantik dalam pelaksanaan pembinaan infrastruktur dan penyelenggaraan jalan.
(sumber utusan)

any ideas???

2 comments:

  1. sila mintak pendapat pemimpin agung harapan baru malaysia....

    ReplyDelete
  2. ramai sgt pemimpin agung apalagi suma nk jadi pemimpin harapan malaysia nih...tak tau la nk tuju kat sapa...dua2 pihak tak leh pakai..hahahaha

    ReplyDelete