Sunday, March 29, 2009

sedih..

saya sgt sedih bila anak Tun, Datuk Mukhriz kalah dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia..wargh..

saya hairan cmner orang yang disabitkan kesalahan dibawah seksyen 10.1 Tataetika Disiplin Umno dan telah diberi amaran boleh menang??

layak kah org mcm tuh nk mentadbir Pemuda?

skang perkara yg melegakan hati saya ialah Tun Dr Mahathir akan masuk semula UMNO lps Pak Lah resign secara rasmi...

harap2 pilihan raya ke13 nnt, berbaloi ler utk aku mengundi..

skng kita tnggu dan lihat sapa yg akan menang dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan batang Ai...keputusan diketahui 7 April nnt.

Wednesday, March 11, 2009

makan di mana yer?

mcm ni la rupa nasi telur berlada campuq..bestnyer...(buck,sy cilup gmbr awk yer)

mlm td merupakan hari kedua aku p mkn kat kedai yg direkemen oleh cik buck..apa nama kedai tuh yer??tak tau la, tpi sy tau kat jalan bukit kuda..

mcm biasa aku order nasi+telur berlada campuq+ayam masak merak yang dimasak pedas gila babeng...member aku lak order nasi goreng kampung kureng pedas ngn telur dadar jer..and other member aku lak pesan nasi+telur berlada campuq gak..

total suma sekali RM17..mmg murah gila..aku ingt Rm20++...depa masak mmg kaw2 pedas klu disuruh wat pedas..mcm kata buck,leh nangis gak la mkn telur berlada campuq nih..i will miss tis makanan bila kau kat aloq setaq nnt...warghhhh:-(


Monday, March 9, 2009

di pinjamKan?

hrem...aku maybe akan dipinjamkan ke alor setar...means that,sinar harian alor setar tak cukup kaki dan tangannya utk bergerak lebih efesien dan efektif...tapi suma tuh tak confirm lagi..awl2 boss aku tnya wat aku risau plak...hahahahhha..

maklum la..aku dh syok hbs kat shah alam ni...tp lepas aku fikir2 blk,apa salahnya kalu aku blk alor setar...dh 3 bln aku tak jejak kedah...terasa rindu amat sgt plak...huhuhu!!!!

apapun,aku kn wait and see je la...klu boss kat go,i go ler..klu tak,teruskan berkhidmat kat shah alam jer la..

kembali dari percutian...

aku br blk dr percutian di umh bro aku kat ipoh...dh lama tak cuti pnjng nih...tiba2 terasa malas nk pi keje esok..hehehehe...empat (4) hari aku kat sana diisi dgn melawat abg aku kat hospital tunku bainun..dari koi 1 hingga koi 9 mlm aku termasuk my mak,sister and adik laki aku tnggu kat sana selama kat sana..tp ader time tertntu, kami merewang p tmpt len jap...bowink duk hospital lelama...

semalam hari last aku kat hospital..aku ngn akak n adik aku tuh telah meluangkan masa p tgk wayang jap sbb dh buring kat hospital...kami p tgk citer melayu paling bodoh skali....Rasukan Ablasa...shit tul..rugi rm9 aku..nasib tuh duit mak aku..hahahahha....

saper2 yg berniat nk p tgk citer buduh lg bebal tuh,elok2 la batalkan niat...itu ler citer prof madya razak mohideen..byk wat aku tertaya2 bila tgk film tuh...seram pon tak...logik sgt pon tak..apalg relevannya pun takder...

so,itu la ms lapang aku kat ipoh spnjng 4 hari kat ipoh,perak darul ridzuan...aku akn cuti pnjng maybe mei ni plak..my 2nd sister is getting married...

Friday, March 6, 2009

cuti..

ptg tadi lps setle taip story,aku g jmpa boss dgn rasa segan silu+takut...aku nk minta off 4 hari start esok smp selasa ni 10hb...aku nk blk ipoh (umh abg sulung aku)...aku pon slow talk ngn dia...nasib baik dia bg...maknanya,esok aku dh leh blk kampung...i mean blk umh abg aku utk berehat...last week aku dh blk tp tak puas sbb 1 hari ja...lg pun,mak aku ada kat sana..
esok aku naik bus koi 10.15 pagi...S.E express kat sec17..tak sabar rs nk blk....sbl nih aku ada nek bus ni gak..mmg wat aku geram tnggu kat sec17 lama2...dh ar tuh,br smp kat sg.buloh,air-cond bus plak jahanam....angin amat sgt sy....tp esok aku terpksa gak blk nek bus tu sbb dh takder choices lain...bus yg aku slalu naik bila balik ipoh (Perak roadways) dh hbs tiket...maklum la isnin ni cuti maulidur rasul..so,ghamai ler yg kelam kabut nk blk bercuti gak...
lupa lak nk citer pasal assgmnt aku ptg td...aku kn cover story kat matrade..komponi aku dan others individual and companies mai seminar kepimpinan ESQ165 kat sana...aku terserempak dgn pelakon Spa Q...yang skng tgh hot and kontroversi psl gmbar dia kat internet...heheheh....sebenarnya,seminar tuh ala2 islamik sedikit...entah la...mungkin dia dh tersedar,lalu join seminar tuh..semoga semua yg hadir ESQ tuh berubah kelakuan dan berjaya dlm kehidupan...kini,aku tunggu giliran nk pegi jer....

Thursday, March 5, 2009

television...

or TV..dah lama aku tak layan citer2 dlm TV tuh...byk citer yg aku dh ketinggalan half way..aku windu weh nk tgk Desperate Housewives yaer 5..apa lagi yg baru kat tv sekarang yer?anyone???
aku just berkesempatan tgk Spa Q 2 jer petang2 kat Tv3...citer korea channel 8, smlam aku baru jer tgk...best lak...tp mcm aku kata td,aku dh miss awl2 citer...tensen tul ar...

apa aku nak buat hari ini?

keje..oh..keja...
apa aku nak wat pagi2 nih?boss tak masuk lagi...tak tau ler dia keja ke off arini..
bosan...pagi2 ngadap pc jer la,usha2 apa yg patut dan tak patut...tp bkn 'blue' or even 'yellow' tau...hahahahaha...
story aku psl Pemuda UMNO nmpaknya tak dikeluarkan...dorg just wat caption story front page...tp guna gmbr org lain (if not mistaken la)...aku tau sbb tuh bkn gmbar yg aku amik...erm...macm ni la kerja aku...kdg2 ader gak story kita tak keluar tp guna news org len ats few reason..keje..oh..keja..
aku dah brekfast pg ni..mkn mee goreng, karipap ngan air faveret aku, teh ais di pagi2 yg hening ni..pastu smbng ngadap pc ni selagi takder assignment nk wat...or selagi pc ni tak meletup...ataupun, selagi jam tak tunjuk pukul 6 ptg...
esok lak aku off..yaahooo!!!tapi agak memboringkan sbb takder aktiviti yg aku leh wat memandangkan kak dila maaz takder sbb terpaksa bertugas di hujung minggu...tp bkn calang2 gak tmpat 'beliau' kena keja...3h 2m tdo kat PJ Hilton...hehehehe...

sambungan Pemuda UMNO..

ni ler ketua pemuda UMNO Selangor tuh yg telah membongkar insiden yg berlaku kat Parlimen tempoh hari..baguih dorg ni...efisien..

Pemuda UMNO

ptg semalam dalam jam 3, aku p PC Pemuda UMNO Selangor kat bangunan UMNO Negeri..aku ingt dah start PC tuh sbb aku dh terlmbat..smp sana tgk ramai gak press yg dtg...nasib org yg nk wat pc tuh tak mai lg...amin..
smlam Ketua Pemuda UMNO Selangor wat PC sbb nk tnjuk bukti or rakakan video ms insiden bergaduh dkt Parlimen lalu..erm...suma dpt sorg satu cd rakaman tuh..tp saper2 nk tgk, leh la bukak blog lim kit siang kot...
kononnya rakaman tuh dibuat oleh geng DAP sndiri...mcm stupid ja bunyi tuh...sndiri rakam,sndiri papra kat org ramai...Pemuda UMNO kata pergaduhan tuh bkn depa yg mulakan...kalu tgk rakaman tuh mmg sah tnjuk bkn Pergerakan Pemuda yg start pon...
tergelak pulak tgk si karpal singh tuh...bila Pemuda srh dia ckp 'celaka' kat luar Parlimen, tak nk plak...heheheheh....si ahli parlimen segambut, lip lim eng kot kalu tak salah nama...mmg gengster..dia la nk tnjuk 'hero' konon menyelamatkan si OKU yang dh tak berupaya tuh..hahahahah...
Pandangan anda???

Monday, March 2, 2009

apa lagi selepas ini??

selepas karpal singh kecoh dgn mulut celupaq dia,kini mai plak cerita hangat len plak dr ADUN Skudai tuh...apa yg depa cuba timbulkan???

DAP samakan 'bumiputeraisme', aparteid
JOHOR BAHRU 26 Feb. - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi aparteid.
Wakil rakyat DAP itu berkata, amalan tersebut dianggap bersifat aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.
Katanya, ideologi itu menjadi lebih dahsyat apabila membabitkan dasar sosioekonomi, budaya dan bahasa berasaskan ketuanan dan kebumiputeraan.
"Untuk makluman, aparteid sebenarnya dimulakan untuk membantu orang putih yang miskin yang berstatus penduduk asal atau help the poor white natives.
"Maka apa yang mengecewakan, sesetengah tokoh politik masih mempercayai 'bumiputeraisme' atau nativism sebagai piawaian diberikan keutamaan mutlak untuk bantuan kerajaan walaupun 'bumiputeraisme' merupakan ideologi aparteid," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai berkata demikian dalam ucapan penangguhan mesyuarat ke-5, penggal persidangan pertama DUN ke-12 di sini hari ini.
Cheng Hau mendakwa berlaku layanan berbentuk diskriminasi oleh Permodalan Johor Bhd. (Permodalan Johor) ke atas pelabur bukan bumiputera melalui pelaburan Amanah Saham Johor (ASJ) dan Dana Johor.
"Apa yang menyakitkan hati para pelabur Dana Johor adalah diskriminasi oleh Permodalan Johor memberi harga belian balik yang ketara amat berbeza daripada harga untuk Amanah Saham Johor.
"Maka harga berbeza dalam belian balik saham ASJ dan Dana Johor boleh dikatakan dasar ekonomi bercorak aparteid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor," katanya.
Disebabkan itu, menurutnya, pelabur dalam Dana Johor tersinggung kerana terpaksa menjual balik saham kepada Permodalan Johor dengan harga 50 sen seunit sedangkan pelabur ASJ pula mendapat RM1 seunit.
"Saya juga dimaklumkan, pelabur bukan bumiputera dalam Dana Johor pula dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi untuk membuat pinjaman berbanding pelabur bumiputera," katanya
Cheng Hau mendakwa, pelabur Dana Johor yang meminjam dari sesetengah bank dikenakan dua jenis kadar bunga iaitu ahli (bumiputera) dan bukan ahli (bukan bumiputera).
Katanya, para peminjam bukan bumiputera pula dikenakan bunga yang lebih tinggi tanpa menentukan status sosioekonomi seseorang peminjam.
"Untuk makluman Dewan yang mulia, dasar ekonomi sedemikian bukannya tindakan berasaskan status sosioekonomi untuk menerima bantuan tetapi ia sebenarnya bersifat aparteid,'' jelasnya.
Cheng Hau turut mencadangkan kontrak kerajaan ditawarkan secara tender terbuka seperti yang diamalkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang.
Menurutnya, ia bertujuan memastikan kontraktor yang benar-benar berkeupayaan dan mempunyai pengalaman dan rekod prestasi yang baik dilantik dalam pelaksanaan pembinaan infrastruktur dan penyelenggaraan jalan.
(sumber utusan)

any ideas???

Sunday, March 1, 2009

bil telepon maxis ku..

arini aku dh plan nk p byq bil tepon maxis ku...suma sekali rm160...fuh!!hbs gaji aku..heehhehe...td aku blk shah aam dr ipoh,trn kat pkns,niat nk p sacc mall byq bil tepon...cuaca ok..aku pon merentasi pkns tuh nk ke sacc mall..gaya smp dpn bata,hujan trn lebat giler...fine,aku ronda2 jap kat pkns smp hjn stop..aku p mkn mcd lu,then jln2 sekitar la apa yg patot..hjn pon benti..again,aku br smp dpn kedai bata,hjn lebat blk..erm...aku tak le tnggu lama2,so cadang nk bk dulu len kali la byq..geram pn ader ni..dh sminggu bh hp aku tak leh wat apa2 sbb dh kn bar...wargh...apa la nasib ku ini...

28 feb,hari menyakitkan hati..

knapa skt ati??aku dh plan nk blk umh abg aku kat ipoh 28 feb lps ngn kwn aku...km dh jnji nk jmpa kat pudu koi 10.30am..aku dgn semangat waja ni,excited smp kat pudu tuh jam 8.30pg..tngu pnya tngu pnya tnggu dlm 2 jam lbh,finally aku dpt msj dr kwn aku tuh..katanya,"alamak,tak leh bk nek bus la...leh tak awk blk ipoh sorg?" aduh...mau nangis aku masa tuh...dlm tmpoh 2 jam tuh langsung dia tak bgtau awl2...dh la ptama kai aku alone kat pudu tuh naik bus blk ipoh...klu tau cmtu nk jd,dh lm aku blk ikut shah alam ja..mmg skt gler ati nih...lastly,aku blk gak ipoh sorg2 nek bus transnasiona koi 11.30am stelah penat menunggu hmpir 3 jam lamanya...