Thursday, February 26, 2009

Mini karnival Karangkraf

hari ni mcm biasa la sy mai keja awal...hujan renyai2...bak kata mcm dalam lagu slam-gerimis mengundang..heheheh...arini gak company tmpt aku keja wat karnival mini karangkraf..pakat mai la ramai2 meriahkan perkarangan Karangkraf ni weh....ada byk buku, majalah di jual semurah 80 sen..memamng berbaloi kan???heheheh...arini tak tau lagi assignment apa nk wat..tnggu bos assign jer la..

Wednesday, February 25, 2009

dunia politik kita

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kertas siasatan berhubung 97 laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara, minggu lalu.
Polis juga telah membuat cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya kes itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan Peguam Negara berhubung kertas siasatan dan cadangan tersebut.
“Tindakan selanjutnya, sama ada Karpal perlu didakwa atau tidak hanya akan ditentukan oleh Peguam Negara.
“Setakat ini, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap Karpal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kertas siasatan yang dibuka selepas 97 laporan dibuat oleh individu, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara terhadap Karpal Singh yang didakwa menghina Sultan Perak.
Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang pada 6 Februari lalu, menyatakan pakatan pembangkang bercadang memfailkan saman ke atas Sultan Perak kerana menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis telah memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan keterangan, sejak kertas siasatan itu dibuka.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan jumlah serta identiti mereka yang dipanggil berhubung kes itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

hebat betul si karpal ni...nk hmpir 100 laporan polis dia tima...boleh masuk malaysia book of record!!hehehehe...

saya budak baru nak blogging...

saya budak baru nk blaja blogging..tgk kengkawan ramai jer ader blog sndiri...so, nk gak ler cuba-cuba...anyone can join my blog...
this morning, got nothing to do much dekat opis..nk setle kan keja yg tak hbs lu...so,esok leh rest jap b4 dpt bercuti hjg minggu nih...yeehaaaa!!!